Lencana dan warna Manchester_United_F.C.

Semasa hari-hari Newton Heath, pakaian tuan rumah kelab ini adalah bah berwarna kuning dan hijau; corak tersebut telah dikembalikan sebagai pakaian semasa keluar pada awal tahun 1990-an sempena memperingati ulangtahun yang ke-100 kelab. Kelengkapan tuan rumah Manchester United yang paling dikenali ialah jersi berwarna merah, seluar putih dan stokin berwarna hitam.Kelengkapan semasa keluar pula kebiasaannya ialah jersi berwarna putih dengan seluar hitam dan stokin berwarna putih.

Kelengkapan ketiga kebiasaannya berwarna biru tetapi kelab ini juga pernah menggunakan hitam keseluruhan dan pada satu ketika pada pertengahan tahun 90-an mereka menggunakan kelabu keseluruhan. Jersi mereka kini telah ditaja oleh penaja utama AIG dengan baju berwarna merah dengan jalur emas di bahagian tepi. Bahagian lengan mempunyai warna putih manakala simbol AIG dan Nike juga berwarna putih. Sulaman perkataan MUFC dibawah jersi adalah berwarna emas. Gencana kelab diletak di atas corak perisai putih. Jersi untuk perlawanan luar pula berwarna putih dengan jalur hitam di bahagian tepi. Bahagian lengan dan leher mempunyai warna emas manakala simbol AIG, Nike, dan MUFC berwarna hitam. Gencana terletak di atas corak perisai berwarna hitam.

Gencana Manchester United telah beberapa kali ditukar, tetapi ciri-ciri utamanya masih lagi kekal. Lencana ini telah direka berdasarkan gencana bandar Manchester. Bentuk iblis pada gencana kelab adalah berasal dari gelaran kelab "The Red Devils", yang telah dipakai pada awal tahun 60-an selepas Sir Matt Busby mendengarnya sebagai gelaran kepada pasukan liga ragbi Salford yang menggunakan baju merah. Pada akhir tahun 1960-an, iblis tersebut telah mula dimasukkan ke dalam acara dan program kelab, sebelum ia akhirnya dimasukkan ke dalam gencana kelab pada tahun 1970, memegang serampangnya yang jelas. Pada 1998, gencana tersebut telah sekali lagi direka semula, kali ini dengan menghilangkan perkataan "Football Club".

Rujukan

WikiPedia: Manchester_United_F.C. http://www.4thegame.com/club/mufc/ http://www.4thegame.com/features/feature/82571/.ht... http://www.football365.com/teams/manchester_united... //scholar.google.com/scholar?q=%22Manchester+Unite... //www.google.com/search?&q=%22Manchester+United+F.... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Manch... //www.google.com/search?q=%22Manchester+United+F.C... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Manchester+... http://ir.manutd.com/phoenix.zhtml?c=133303&p=irol... http://www.manutd.com/